Sejarah Latarbelakang Sekolah
SK Lubok Mawang, terletak di kawasan pedalaman Kapit di dalam daerah Majau yang diambil bersempena nama sungai Majau iaitu sungai yang menjadi sumber air penduduk persekitaran dan SK Lubok Mawang khususnya. Sekolah ini telah dikategorikan sebagai sekolah pedalaman tiga disebabkan jaraknya yang agak jauh dari kawasan bandar Kapit dan juga prasarana yang tidak mencukupi. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1952. Ketika itu sekolah ini masih betaraf sekolah bantuan mubaligh.